Your Ad Here


SYURGA DAN NERAKA HATIKU!


Friday, December 09, 2011
Jangan

Aku biarkan bulan menjadi teman sepi yang selalu ada,
Dan dia sekeping hati yang pergi bersama hadir senja.

Tuhan bukan ini pintaku,
Janganlah ini ditulisMu.

Dia menutur pinta yang terdesak disusun dengan asa,
Dan aku mendengar esakkan dengan hati yang tiada.

Tuhan bukan ini mahuku,
Janganlah ini ditentuMu.

Maafkan wujud diriku,
Kerana aku manusia begini,
Cinta melukakan hatimu,
Dan keras hati kumiliki ini,
Meruntun beban bahumu.

Jadi...
Jangan...
Jangan...
Jangan...
Jangan...
Jangan...
Jangan...
Jangan...
Jangan...
Jangan...

...kecewa terkaca dimatamu kuterlihat.

Aku biarkan pagi menjadi doaku untuk dia sejahtera,
Biar hanya dari sebias cahaya kuharap dia bahagia.

Tuhan berikanlah untukmu,
Bibir yang ingin tersenyum.

Dia tidak mengapa jikalau aku bukan penyeri hidupnya,
Aku tahu diriku tidak tercipta untuk senang memahaminya.

Tuhan berikanlah untukmu,
Sesuatu lebih baik dariku.

Maafkan wujud diriku,
Kerana aku manusia begini,
Cinta melukakan hatimu,
Dan keras hati kumiliki ini,
Meruntun beban bahumu.

Jadi...
Jangan...
Jangan...
Jangan...
Jangan...
Jangan...
Jangan...
Jangan...
Jangan...
Jangan...

...kecewa terkaca dimatamu kuterlihat.

Tidak sempurna,
Tidak sempurna,
Khilaf jiwaku ini setia,
Walau tidak sempurna.

Maafkanlah aku,
Maafkanlah aku,
Cintaku dan segalanya
Janganlah dia kecewa.

Dan aku...

Maafkan wujud diriku,
Kerana aku manusia begini,
Cinta melukakan hatimu,
Dan keras hati kumiliki ini,
Meruntun beban bahumu.

Jadi...
Jangan...
Jangan...
Jangan...
Jangan...
Jangan...
Jangan...
Jangan...
Jangan...
Jangan...

...kecewa terkaca dimatamu kuterlihat.

Tidak terlihat...

Posted at Friday, December 09, 2011 by KMDundee
Make a comment  

Tuesday, November 22, 2011
Susunan kemusnahan

Kubiarkan luluh asaku,
Pada saat hampir putus nafas ini,
Dan kuhentikan masaku,
Pada seketika realiti menjadi Ilusi.

Huluranku inginkan simpati,
Dari simpati jiwa yang memberi,
Dan kuinginkan juga kasih,
Kasih pada suci hati yang pergi.

Lalu kususunkan kemusnahan,
Satu persatu di sepanjang jalan tidak kutahu,
Dan malang sepanjang lingkaran,
Kubiarkan regut membelenggu degup jantungku,
Dan bagai permainan kekejaman,
Tertulis kesudahan yang mudah menghukumku...

Dan kubiarkan jiwa ini terbakar,
Dibasuh pilu kerenyaian titisan hujan,
Dan bila kuingin cinta itu mekar,
Kutadah tangisan membasuh kesedihan.

Dan bila cinta denganmu,
Membiarku berdiri hanya memerhati,
Dengarilah aku inginkanmu,
Selamanya untukmu kuberdiri disini.

Lalu kususunkan kemusnahan,
Satu persatu di sepanjang jalan tidak kutahu,
Dan malang sepanjang lingkaran,
Kubiarkan regut membelenggu degup jantungku,
Dan bagai permainan kekejaman,
Tertulis kesudahan yang mudah menghukumku...

Dan kubiarkan jiwa ini terbakar,
Dibasuh pilu kerenyaian titisan hujan,
Dan bila kuingin cinta itu mekar,
Kutadah tangisan membasuh kesedihan.

Dan masih lagi jiwa ini terbakar,
Tidak terpadamkan oleh titisan hujan,
Dan dari musnahnya telah ia mekar,
Menghiasi indah susunan kemusnahan...

... kemusnahan.

Posted at Tuesday, November 22, 2011 by KMDundee
Make a comment  

Tuesday, November 15, 2011
Jika engkau mahu puisi rindu

Aku menyedari harga diriku ini,
Aku mengerti utuh cintamu kini,
Bermimpi jauh memahamimu,
Untuk terjaga disisi suci kasihmu.

Kupuisikan cintaku,
Dengan dakwat selamanya,
Jika engkau mahu,
Aku puitiskan segalanya.

Walau selalu tertinggal rindu,
Dan berdiri tidak berpunya apa,
Engkau masih hulurkan tangan,
Dan memberikan ku senyuman.

Kutulis dari hatiku,
Ikhlas nukilannya bersahaja,
Jika engkau mahu,
Aku nyanyikanmu merdunya.

Walau selalu tertinggal rindu,
Dan berdiri tidak berpunya apa,
Engkau masih hulurkan tangan,
Dan memberikan ku senyuman.

Dengan puisi rinduku yang bersahaja ini,
Engkau nilaikanlah nilainya,
Dan kalau senyum masih lagi dibibirmu,
Aku telah memiliki segalanya.

...bermimpi jauh memahamimu,
Untuk terjaga disisi suci kasihmu.

Kupuisikan cintaku,
Dengan dakwat selamanya,
Jika engkau mahu,
Aku puitiskan segalanya.

Walau selalu tertinggal rindu,
Dan berdiri tidak berpunya apa,
Engkau masih hulurkan tangan,
Dan memberikan ku senyuman.

Dan jika engkau mahu puisi rindu,
Aku habis menulisnya dengan sempurna,
Dan Jika baitnya buatmu gembira,
Aku telah menulisnya dengan sempurna...

...sempurna.

Posted at Tuesday, November 15, 2011 by KMDundee
Make a comment  

Wednesday, September 28, 2011
Asing

Aku tidak kenal dirimu,
Tapi aku mengerti isi hatimu,
Walau asing senyumanmu.

Buta mataku mencarimu,
Bisu suaraku memanggilmu,
Masih aku ingin mengenalimu.

Dan bukan aku enggan,
Menjadi sebahagian dari cintamu,
Namun cinta bukan bisa aku miliki.

Jadi tolonglah aku,
Dengarkan bisikkanku yang termampu,
Pandangilah kearahku yang teraba-raba...

...mencarimu.

Jadi tolonglah aku,
Nyanyikan untukku lagu yang merdu,
Semerdu siulan hatimu yang tidak asing...

...menyintaiku.

Asing sekali perasaanku,
Disisi hati-hati yang memerhati,
Cinta tidak datang untuk simpati.
 
Sendiri menghibur hati,
Tersenyum dari hati yang sepi,
Masih tiada cinta yang simpati.

Dan bukan aku enggan,
Menjadi sebahagian dari cintamu,
Namun cinta bukan bisa aku miliki.

Jadi tolonglah aku,
Dengarkan bisikkanku yang termampu,
Pandangilah kearahku yang teraba-raba...

...mencarimu.

Jadi tolonglah aku,
Nyanyikan untukku lagu yang merdu,
Semerdu siulan hatimu yang tidak asing...

...menyintaiku.

Asing sekali,
Tertinggal tercari,
Nilai sepi hati,
Untuk cinta ini...

Sebelum terlambat ingin aku miliki~

Aku tidak kenal dirimu,
Tapi aku mengerti isi hatimu,
  Biar asing senyumanmu...

Posted at Wednesday, September 28, 2011 by KMDundee
Make a comment  

Sunday, September 25, 2011
Bukan perpisahan yang aku ucapkan

Selamat tinggal kekasih jauhku,
Ucapan bukan untuk meninggalkanmu,
Senyuman yang manis untukmu,
Untuk jelinganmu yang mengabaikanku.

Lalukan mimpimu menembusi tingkap hatiku,
Hatiku yang sepi dan mimpimu yang sunyi,
Diantara garisan takdir yang nyata dan maya,
Kita bayangkan dunia dimana kita bahagia.

Dimanakah mula silapku,
Aku hilang kerinduan,
Pada harapan semalam,
Aku genggam kelesuan.

Dimanakah pula dirimu,
Aku tinggal keseorangan,
Untuk kesetiaan malam,
Aku teman kesurupan.

Aku akan kembali janjiku untukmu,
Akan kukotakan bila diriku kembali lagi,
Cubalah senyum bila kupulang nanti,
Dan aku cuba untuk tidak lagi pergi.

Mimpilah aku dalam mimpi buruk tidurmu,
Biarlah aku lindungi letih lelap matamu,
Dan bila tuhan berikan kembali pagimu,
Aku harapkan pagi untukku mengecupmu.

Dimanakah mula silapku,
Aku hilang kerinduan,
Pada harapan semalam,
Aku genggam kelesuan.

Dimanakah pula dirimu,
Aku tinggal keseorangan,
Untuk kesetiaan malam,
Aku teman kesurupan.

Bukan perpisahan yang aku ucapkan,
Selamat tinggal kekasih jauhku,
Ucapan bukan untuk meninggalkanmu,
Beban hatiku yang tak mampu.

Beban hatiku yang tak mampu~

Bukalah matamu dengan penuh harapan,
Mencari dimana aku disisi duniamu,
Bukan setiap pagi duniamu bermula kecewa,
Aku yakin satu akan bawa bahagia.

Posted at Sunday, September 25, 2011 by KMDundee
Make a comment  

Friday, September 23, 2011
Ila

Ila,
Lihatlah diriku,
Jangan kau tolak kasih dariku,
Aku tahu,
Tiada benci darimu,
Suci hatimu merinduiku pilu...

Kalau aku pergi,
Menitip cinta dibibir pagi,
Jangan kau risau,
Malammu tidak akan sepi.

Pergilah aku pergi,
Bermain dahulu dengan mimpi,
Aku susulimu nanti,
Menemanimu menunggu pagi.

Sayu wajahmu,
Dengan setitis air matamu,
Basah dipipimu,
Kutahu, mengguris hatimu.

Janganlah Ila,
Ada sedih menghiasimu,
Senyumlah Ila,
Sempurnakanlah ayumu.

Ila,
Lihatlah diriku,
Jangan kau tolak kasih dariku,
Aku tahu,
Tiada benci darimu,
Suci hatimu merinduiku pilu...

Ila...

Kalau aku pergi,
Menitip cinta dibibir pagi,
Jangan kau risau,
Malammu tidak akan sepi.

Posted at Friday, September 23, 2011 by KMDundee
Make a comment  

Friday, September 09, 2011
Hati pengemis

Merayu, di tepi jalanan penuh cinta,
Berlalu satu persatu memiskinkan jiwanya,
Bagilah dia merasanya, rasa cinta,
Tolonglah, dia ingin bahagia bersama dunia.

Dia pengemis jalan ini,
Harga dirinya telah ditelan di kakian lima ini,
Dia pengemis di sini,
Saban hari meminta hati kosongnya ini terisi.

Dia peminta pada yang ada,
Menghulur pada yang tersimpan simpati,
Dia pengemis untuk cinta,
Ditepian ini dia meminta pintanya difahami.

Pandangilah dia hina kalau itu perbuatan mulia,
Berikanlah dia cerca kalau itu harga secuit rasa...

Oooohhh...

Hati pengemis ini... hanya meminta cinta dari baki secebis,
Hati pengemis ini... cuma mengutip kembali cebis cintanya.

Posted at Friday, September 09, 2011 by KMDundee
Make a comment  

Saturday, August 13, 2011
Terlihat dia aku sempurna

Aku lakukan semuanya,
Semuanya untuk bersamamu,
Tanpa ada rasa yang ragu,
Tanpamu juga lakuku untukmu.

Jika aku melihat ke arahmu,
Ke arahmu memadangku,
Pandangilah aku sentiasa,
Dan sentiasa aku sempurna.

Terlihat dia...
...dan aku sempurna.

Jika aku melihat ke arahmu,
Ke arahmu memadangku,
Pandangilah aku sentiasa,
Dan sentiasa aku sempurna.

Aku ingin merasa diriku sempurna.

Posted at Saturday, August 13, 2011 by KMDundee
Make a comment  

Monday, August 08, 2011
Kerana kamu

Kalau mampu aku,
Menahan godaan,
Bukan dari  bibirmu,
Manis cumbumu.

Kalau gugur hatiku,
Meminta ribamu,
Sambutlah hadirku,
Dalam rindumu.

Bila malam rinduku,
Jadilah bintangku,
Untuk mimpi tidurku,
Kamu khayalku...

...sungguh, kerana kamu.

Dengan mata juita,
Aku terlihat syurga,
Asyik masyuk untukku,
Di jernih matamu...

...sungguh, kerana kamu.

Sekali lagi untukku,
Godaan darimu,
Dari belai sentuhmu,
Gugup jiwaku...

...sungguh, kerana kamu.

Bagai mimpi yang lama mengganggu tidurku,
Mengenali khayal sepertimu,
Enggan aku terjaga dipanggil mentari tanpamu,
Jauh dari nyata merinduimu.

Biar aku tertinggal selelap waras rawanku,
Menangguh khayal sepertimu,
Asal aku kembali dipalu mimpi-mimpi darimu,
Dalam syurga dunia mayaku.

...sungguh, kerana kamu.
 

Posted at Monday, August 08, 2011 by KMDundee
Make a comment  

Wednesday, August 03, 2011
Di Hati

Engkau di hati,
Sunyi tiada lagi disini,
Engkau di sisi,
Sunyi tiada lagi disini.

Engkau kukenali,
Aku hidup kembali,
Nafas yang abadi,
Cinta yang sejati...

Demi wanita yang selamanya kukasihi disisi.

Engkau di hati,
Sunyi tiada lagi disini,
Engkau di sisi,
Sunyi tiada lagi disini.

Sunyi tiada disini,
Sunyi mengenalimu,
Dan berlalu pergi,
Pergi meninggalkanku...

Demi wanita yang selamanya kukasihi disisi.

Engkau di hati,
Sunyi tiada lagi disini,
Engkau di sisi,
Sunyi tiada lagi disini.

Lihatlah mata ini,
Kalau bukan tertulis dihati,
Tiada sunyi disini,
Bila engkau masih disisi...

Demi wanita yang selamanya kukasihi disisi.

Engkau di hati,
Sunyi tiada lagi disini,
Engkau di sisi,
Sunyi tiada lagi disini...

Tiada di hati...

Posted at Wednesday, August 03, 2011 by KMDundee
Make a comment  


Next Page



   

<< May 2012 >>
Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat
 01 02 03 04 05
06 07 08 09 10 11 12
13 14 15 16 17 18 19
20 21 22 23 24 25 26
27 28 29 30 31

A piece of my mind with a slice of my heart and a lots of my insane sanity!
Achtung, this is MY MANIC MANIAC ME!

If you want to be updated on this weblog Enter your email here:




rss feed